Ajaran Rāmānujā Ramanujacharya

Rāmānujā mengajar satu falsafah agama yang mengabungkan ilmu dan iman yang dikenali sebagai Viśiṣṭādvaita . Falsafah ini berasaskan kepada kitab-kitab Sanskrit iaitu Upanishad, Brahmasutra, dan Bhagavadgita dan hasil karya golongan Alwar dalam bahasa Tamil yang dikenali sebagai Divya Prabandham. [3]

Mazhab Śri Vaiṣṇava dibezakan dengan mazhab Vaiṣṇava disebabkan peranan Sri Devi. Dalam mazhab Vaiṣṇava , Dewa Vishnu disembah sebagai Yang Maha Berkuasa. Sebaliknya dalam Śri Vaiṣṇava pula Vishnu dan isteri-Nya Sri Devi diberi keutamaan yang sama.[4]

Menurut Rāmānujā, Brahman atau Ishvara dalam Vedanta adalah sebenarnya Narayana. Bhakti kepada Vishnu dan Sri Devi akan memberikan kebebasan. Jiwa yang bebas akan tinggal selama-lamanya di Vaikuntha, iaitu alam Narayana dan mereka tidak akan kembali ke dunia fana ini.[5]

Menurut Swami Vivekananda, "Sejak kedatangan Ramanuja, kamu boleh perhatikan satu ciri utama – iaitu pintukerohanian telah dibuka untuk semua orang. Itulah cogan kata semua wali-wali selepas Ramanuja."[6]